2 August 2014


Anda mempunyai sebarang urusan atau ingin bercuti di Perak ? Jadikan Manggis Homestay sebagai pilihan anda. Homestay ini terletak di Kampuang Tualang Sekah , Malim Nawar , Perak. Hanya 7 minit dari Kampar dan 30 minit dari Ipoh.

Manggis Homestay terdiri daripada 2 unit banglo masing-masing mempunyai 3 bilik tidur dan ruang tamu yang lengkap serta ber-hawa dingin. Peti sejuk , dapur dan peralatan memasak juga disedia.

Manggis Homestay dikelilingi persekitaran hijau dengan pohon-pohon buah -buahan di kawasan seluas 1 ekar. Sesuai untuk menjalankan aktiviti keramaian seperti kenduri perkahwinan , hari keluarga dan sebagainya. 

Pekan terdekat ialah Pekan Malim Nawar ( 500 metre ). Di sini terdapat st.minyak Petron , balai polis , pejabat pos , kedai makanan , pasar basah , pasar pagi Sabtu , pasar malam Selasa , bengkel kereta dan motosikal , klinik kesihatan Malim Nawar , klinik swasta , Dewan Arena Square , Dewan Badminton dan Gelanggang Futsal. 

Bandar terdekat ialah Kampar ( 5 km ) . Kemudahan yang terdapat di bandar ini ialah Pasaraya Giant , Tesco dan Econsave. Di sini juga wujudnya Bandar Baru Kampar yang dikenali sebagai Bandar Universiti Tunku Abdul Rahman.Di Bandar Baru ini terdapat Taman Tasik Universiti Tunku Abdul Rahman sebagai tempat beriadah , Muzium Bijih Timah , Sport Centre , Restoran Melayu , Mamak , Cina , Jepun  dan lain-lain lagi. Restoran makanan segera ialah McDonald , Secret Recipe , KFC , Pizza Hut dan Domino Pizza.

Malim Nawar dan Kampar adalah kawasan tinggalan lombong bijih timah , oleh itu wujud banyak kawasan lombong yang dipenuhi oleh ikan secara semula jadi ataupun lombong ternak yang sesuai untuk aktiviti memancing secara percuma.

Berminat ? hubungi kami. 013-5975965 atau 019-5767551
Klik gambar untuk mendapatkan imej yang lebih besar dan jelas.